Dari Tinta Qasdina -Tiga-

Friday, April 30, 2010

Sambungan


Apabila  sudah   mencinta  ibarat  kasih  tidak  bersekutu  dengan  bijak.  Anakanda  buta  dengan  kasih  palsu  Fazriq.  Anakanda  silap  menguak  intan  lantas  terpilih  kaca.  Anakanda  bertukar  menjadi  mayang  menolak  seludang.  Tiang  pendirian  anakanda  semakin  goyah.  Anakanda  berani  bermalam  di  rumah  Fazriq.  Tanpa  sangsi,  anakanda  bersekedudukan  dengannya.  Maafkan  anakanda,  ayahanda.


Terbit  kesal  terhadap  ayahanda,  dan  bonda  di  hati.  Anakanda  sakit  diperlakukan  begitu.  Namun  Fazriq  bijak  menakluk  keadaan,  dan  mengurangkan  kesakitan  anakanda.  Tangannya  membelai  lembut  rambut  anakanda.  Ciumannya  singgah  ke  bibir.  Anakanda  merintih  berat,  dan  menangis  dengan  bersungguh-sungguh  apabila  menerima  tujahan  padu  daripadanya.  Kesakitan  anakanda  semakin  diterima  akal,  dan  nafsu  kami  bersatu  memuncak.


Ayahanda,

Jauh  disudut  hati  anakanda  terselit  rasa  marah   terhadap  Fazriq.  Anakanda  dibungkus  rasa  bersalah,  dan  malu  dengan  perlakuan  keji  anakanda.  Firman  Allah  S.W.T.   dalam  Surah  al-Ankabut,  ayat  8;   dan  Kami  wajibkan  manusia  berbuat  baik  kepada  kedua  ibu  bapanya.  Anakanda  sedar  khilafnya.   Anakanda  tekad  mahu  bungkam  daripada  taklukan  Fazriq  yang  bermuka  dua.  Anakanda  mahu  memusnahkan  konkrit  maksiat  yang  mengeruh  jiwa.


Pepatah  Melayu  memang  benar.  Tindakan  anakanda  umpama  anjing  menyalak  bukit.  Fazriq  diprovokasi  dengan  keinsafan  anakanda.  Amarahnya  memerintah  memukul  anakanda  tanpa  belas.  Keluhan  anakanda  tidak  mampu  meruntun  hatinya  sebaliknya  menjadi   sasaran  untuk  melampias  nafsu.


Maruah  yang  selama  ini  ayahanda,  dan  bonda  jilbabkan  dengan  sifat  mahmudah  terkikis  dengan  sepalit  noda.  Anakanda  tidur  bersama  dengan  deraian  air  mata.  Anakanda  gagal  menunjukkan  prestasi  yang  cemerlang.  Anakanda  kian  jauh  ketinggalan.


Ayahanda,

Anakanda  ketagihan.  Maafkan  anakanda  kerana  mengambil  wang  bonda  tanpa  keizinan.  Walhal  bonda  terlantar  kesakitan.  Anakanda  pula  menjadi  onar  dalam  pohon  bahagia.  Anakanda  mengambil  najis  itu  bersama  Fazriq.  Kami  berseronok  tanpa  akal  rasional.  Otak  dangkal  anakanda   menjebak  anakanda  dalam  kawah  hitam.  Anakanda  menjadi  kesturi  mati  kerana  baunya.


Wang  untuk  mendapatkan  benda  haram  itu  semakin  susah.  Fazriq  memperalatkan  anakanda  demi  mendapatkan  dadah  pemusnah.  Anakanda  digiliri  lelaki  yang  buas  serakah.  Anakanda  dihempas,  dan  dihenyak  kasar.  Ganjarannya  sekadar  beberapa  biji  yang  merosakkan  masa  depan.  Berdosanya  anakanda  terhadap  ayahanda,  dan  bonda.





-bersambung-

4 comments:

zulkoa said...

salam~suke bace..walau panjang tapi bhs senang nak telan..

best2..

i follow..hehe

Nazz@Purple said...

menarik..tp tak sempat bace dr awal lagi..nnti nazz bece ye;)

Aleqzandra said...

cik ubi :
terima kasih. :)
saya baru belajar.

Aleqzandra said...

Nazz@Purple :
Jemput membaca Nazz.
amat dialu-alukan.