sambungan
Takwim kehidupan anakanda dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia. Keluar malam tanpa pamitan. Anakanda tidak meminta keizinan ayahanda, dan bonda. Sejak itu, anakanda menipu terhadap ayahanda, dan bonda. Walhal, ayahanda, dan bonda mendidik berlaku jujur dalam mengait manik-manik kehidupan.
Ayahanda,
Pentas kehidupan anakanda menyaksikan gejala melepak, dan ponteng sekolah sebagai rutin. Anakanda gembira bertamu di rimba kemewahan yang direka oleh Fazriq. Bunga-bunga percintaan antara kami bertunas menjalar menjadi pohon asmara. Anakanda sedar ayahanda tertusuk dengan duri penghinaan masyarakat. Kering tekak ayahanda membahas menafikan tentang desas-desus akhlak anakanda yang retak menanti belah.
Anakanda tahu ada deraian lebat dalam hati bonda. Terpalit rasa syahdu di tangkai hati anakanda, namun segera dicantas dengan keseronkan menyulam cinta bersama Fazriq. Pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang ayahanda, dan bonda laksanakan. Tanpa sedikt rasa bersalah, anakanda berpoya-poya sehingga larut malam. Darah muda membuak ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Kepulangan anakanda tatkala malam berengsot ke pagi mengundang wajah mengemis penjelasan ayahanda, dan bonda. Anakanda sebenarnya tersepit dalam konflik jiwa remaja. Krisis keyakinan diri yang cukup kronik untuk membentuk identiti. Anakanda melanggar halal haram pergaulan, dan tertewas dalam ledakan kasih sayang sang musang, dan buih air kencing syaitan.
Ayahanda,
Bukan anakanda tidak mengesan bonda mengesat kolam mata dengan hujung baju. Menyelinap rasa simpati memukul kalbu. Anakanda kikis rasa tersebut daripada bermastautin di hati. Esakan bonda, dan bicara nasihat ayahanda tidak mencengkam jiwa.
Lentokan kepala anakanda di dada Fazriq membuktikan gelora kasih bercambah asyik. Bermulalah noda hitam dalam kamus kehidupan anakanda. Keseronakan lahiriah menjalar ke nubari apabila jari jemari Fazriq meratah tangan, bahu, dan pinggang anakanda. Anakanda mewah dari segi sekular tetapi sudah miskin nilai islamik.
Ayahanda,
Khilaf anakanda memilih untuk mengabaikan pelajaran, dan melayari lorong gelap yang dipandang jijik jumantara. Enam jahanam yang Fazriq kenalkan kepada anakanda menjadi teman baru. Heroin, kokain, ecstacy, kanabis, syabu, dan morfin. Kebobrokan akhlak anakanda kian bejat. Kelakuan anakanda itu telah menconteng arang ke muka keluarga. Anakanda benar-benar terjerat di tabrak kekesalan.
-bersambung-
SAHAM IPO TERKINI #melabursaham #sahamipo
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment