Ayahnada,
Apa khabar ayahanda yang jauh di mata? Anakanda hanya mampu menadah tangan ke hadrat Ilahi bermohon akan kesejahteraan ayahanda. Maafkan anakanda atas kesilapan yang telah anakanda lakukan selama ini. Percayalah ayahanda, anakanda gagal mengawal tubir mata menitiskan rasa kesal ketika menulis warkah ini.
Anakanda mengerti api kemarahan masih bersekam di hati ayahanda. Ayahanda terhenyak kecewa apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh membuang segala hasrat ayahanda, dan bonda. Anakanda gagal menangugung busung derita akibat kekhilafan anakanda yang ingkar dengan percaturan hidup yang diatur keluarga. Anakanda menyimpang daripada landasan yang ayahanda, dan bonda adunkan. Detik ini, anakanda terpasung dengan rasa kesal yang menebal.
Ayahanda,
Hanya dengan seulas senyuman sekilas pandangan daripada Fazriq telah membuatkan hati anakanda berkocak. Anakanda mula berkenalan dengan Fazriq. Dahulunya anakanda seorang yang suka menuntut ilmu. Namun selepas anakanda mengenali Fazriq, anakanda meletakkan limitasi dalam belajar. Anakanda terpedaya dengan pujukan Fazriq yang menghantar anakanda ke sekolah.
Anakanda gembira menaiki kereta mewahnya. Anakanda puas mendapat layanan mesranya. Anakanda rasa bertuah dimanjakan dengan pakaian yang berjenama sehingga anakanda sanggup membuang peribadi Aisyah yang telah ayahanda, dan bonda jadikan sebagai jubah peribadi anakanda. Anakanda berasa diri dihargai apabila kehendak anakanda ditunai oleh Fazriq dengan berlapang dada.
Ibarat orang mengantung disorongkan bantal. Anakanda terlena dalam kebaikan Fazriq yang hipokrit. Polemiknya untuk memenangi hati anakanda kerana agenda tertentu cukup tersimpan. Anakanda terpenjara dengan emosi sendiri. Sejujurnya, ada sekelumit rasa bersalah terhadap ayahanda, dan bonda namun anakanda cuba mengusir perasaan itu.
-bersambung-
SAHAM IPO TERKINI #melabursaham #sahamipo
17 hours ago
0 comments:
Post a Comment