Dari Tinta Qasdina -Akhir-

Wednesday, May 19, 2010

Ayahanda,

Kedamaian  yang  secubit  itu  hilang  sudah.  Kasih  anakanda  tertumpah  melebihi  selautan  hanya  sia-sia.  Dunia  dirasakan  seperti  tidak  berpenghuni.  Anakanda  diselimuti  perasaan  pesimis,  dan  mengalah.  Sekujur  tubuh  kaku  bonda  menyambut  kepulangan  anakanda  dari  majlis  tari-menari.  Pandangan  orang  penuh  prejudis,  dan  sarkastik.  Anakanda  merasa  gharib.


Hari-hari  baru  anakanda  terasa  lambat  sekali.  Anakanda  duduk  di  lantai  resah.  Tidur  anakanda  bertilamkan  gundah.  Makan  anakanda  disuapkan  kekesalan.  Perut  anakanda  semakin  membonjol.  Sarat  jasad  menampung  feotus,  sarat  lagi  palitan  noda.  Atit  penat  mencatat  dosa.  Dangkal  sungguh  anakanda  memilih  Fazriq  menjadi  tempat  melampias  perasaan.


Prosa  kehidupan  anakanda  dihimpit  resah,  dan  bosan.  Ayahanda  pernah  berkata;  Apabila  kita  kesepian,  ingatlah  Allah  kerana  Allah  Maha  Berkuasa,  dan  Maha  Memberi  Kurnia.  Anakanda  tidak  mengambil  langkah  bertaqarrub  sebaliknya  ketemu  Fazriq.  Ketagihan  anakanda  tidak  dapat  dikawal.  Nafsu  anakanda  terbakar.  Ibarat  habis  madu  sepah  dibuang,  Fazriq  bersekedudukan  dengan  perawan  lain.


Ayahanda,


Detik  itu,  puting  beliung  menggulung  jiwa.  Anakanda  meluat  memandang  Fazriq.  Anakanda  sedar  kesilapan  anakanda.  Anakanda  malu  dengan  tingkah  lalu.  Anakanda  diterkam  dengan  kekuasaan  Allah  yang  menjentik  nubari.  Penderitaan  neraka  berimaginasi  di  kotak  minda.  Fazriq  membuang  anakanda  seperti  sampah.  Dadah  dicampak  membuatkan  anakanda  seperti  anjing  kurap  kelaparan.


Lorong  hidup  anakanda  dilingkupi  dengan  kesedihan.  Rasa  sesak  mengigit  jiwa.  Anakanda  leka  dengan  taklukan  bahan  larangan.  Enam  jahanam  menjanjikan  kebahagian  sementara  buat  jiwa  tandus  kasih  sayang,  gersang  perhatian,  dan  haus  belaian.  Anakanda  lihat  kelibat  lembaga  dalam  kelam  beransur-ansur  menampakkan  figura  manusia.  Anakanda  cuba  meloloskan  diri.  Enggan  digari  dengan  hukuman  dunia.  Polis  mengunci  langkah  anakanda.


Matahari  menjamah  ceruk  sudut  ruang  tidur  anakanda.  Rayuan  menyusup  kolong  perasaan.  Rintihan  anakanda  meneriak  di  hati.  Anakanda  bersama  insan  senasib  mencari  semangat  meneruskan  kehidupan.  Tatkala  itu,  rasa  bersalah  menerpa  dinding  keikhlasan.  Wajah  tua  ayahanda  yang  tabah,  dan  sabar  menerima  anakanda  meluruhkan  ketakutan  yang  memasung.  Atma  anakanda  menjamah  kesyahduan  riak  muka  ayahanda.  Tubir  mata  anakanada  deras  mengalirkan  air  mata.


Ayahanda,


Peristiwa  anakanda  diberkas  merupakan  hempedu  buat  ayahanda.  Penyesalan  muncul  selepas  menelan  kepahitan  ibarat  sudah  terhantuk  baru  tergadah.  Persis  debu  yang  diterbangkan  angin,  begitu  juga  kegelisahan  anakanda.  Keampunan  ayahanda  seperti  menyingkap  tirai  yang  menyuramkan  katil  hidup  anakanda.


Pesanan  ayahanda  yang  berkumandang  sejak  dahulu  lagi  menjadi  kekuatan  anakanda.  Anakanda  tercampak  ke  gurun  yang  tidak  berorang.  Hanya  keredaan  ayahanda  yang  anakanda  harapkan.  Sabda  Nabi  Muhammad  s.a.w:  Keredaan  Allah  terletak  pada  keredaan  kedua  ibu  bapa,  kemurkaan  Allah  terletak  pada  kemurkaan  kedua  ibu  bapa.  Ayahanda,  maafkan  Qasdina.


Dari tinta,
Qasdina

16 comments:

Nazz@Purple said...

penyesalan selama-lamanya seandainya ibubapa kita pergi tanpa memaafkan anaknya..

menarik2..nazz tak sempat lagi nak bace dr awl episod..

Aleqzandra said...

Nazz:
jemput baca dari awal.
hanya ada 4 episod.
sila-sila, buat macam rumah sendiri. :)

komen anda saya hargai.

syahira ariff said...

ada bakat dalam penulisan nie
pastinya lebih haru kalau sy baca time masuk U nanti
oh ayah.................
T__________T

Aleqzandra said...

syahira ariff:
masuk U nanti berjayalah ya!
saya tak berpeluang, mungkin ke swasta. :)

sayang ayah.

NurSya said...

hmmm...sebak la..hmm memg berbakat Q ni dlm penulisan..student sastera ke..sgt bagus..rse mcm bce cerpen kat magazine lak..hehe..

hmm..byak pengorbanan seorg bapa mahupun ibu utk kita sbg anak2 mereka ..:)

p/s --> smoge maju jaya :)

sekamar rindu said...

ayahanda pasti tersentuh akan luahan penyesalan ini..

plot cerita monolog yg best...

Unknown said...

eh! awk buat cerpen ker? la... xpasan plak nnt nk kena baca dr mula... insyaallah... :)

Aleqzandra said...

Nuraisyyah:
rasa macam baca cerpen dalam majalah. hehe. :D

Kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan si ayah. Pengorbanan ibu memang tiada tolok tandingnya.

Terima kasih. Sudi datang lagi jika ada cerpen baru. :)

Aleqzandra said...

sekamar rindu :
Ayahanda memang terharu.

ini kisah monolog teladan, Qasdina mengirim surat kepada ayahnya ketika dia di pusat pemulihan akhlak. :)

Aleqzandra said...

NICK IRFAN :
Ini sebuah cerpen. Cerpen biasa saja.
Ada empat entri.
harap anda gembira membacanya. :)

bulatkocik said...

elOw..baru jer baca endin dy..cam tpikat jap..ngn lagu tema dekat blkg..rasa cam dlm diri nie qasdina plak..

jap2 nk usha balik mn dy punya intro..hehe

Balqish said...

aduh, sedihnya Q!
penamat dia menginsafkan.

lagu pula mendayu.
best! :)

Aleqzandra said...

Mr Rulez:
mendengar lagu Yiruma:kiss the rain memang mendayu.

rasa syahdu.
Qasdina ni watak yang berkesan.

Aleqzandra said...

BalqisShafiqa:
mendayu lagunya.
lagu dah tukar.
terima kasih membaca.


*tengah kemaruk SyahJihan.

Hafiz Yusof said...

best entri ni...lagu kat blog pun best

Balqish said...

salam ziarah.
mana e-cerpen baru?
nak lagi!!!!